Lagi isteri dicederakan suami akibat minta cerai
KUALA LUMPUR 5 Mei - Jika di Melaka, semalam, seorang anggota tentera cuba menoreh kemaluan isterinya dengan pisau, kejadian hampir sama berlaku lagi di Bukit Beruntung dekat sini.
Kali ini, seorang isteri cedera parah selepas ditendang dengan kasut but dan dipukul dengan topi keledar oleh suaminya, hanya kerana wanita itu menulis surat untuk meminta diceraikan.
Insiden keganasan rumahtangga tersebut dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu selepas suspek mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek, seorang peniaga pasar malam berusia 51 tahun, 'naik angin' apabila menerima surat daripada isterinya yang minta diceraikan.
Menurutnya, suspek percaya isterinya berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar raya di Bukit Beruntung berbuat demikian kerana mempunyai teman lelaki.
"Akibat cemburu, suspek hilang pertimbangan dan bertindak memukul dan menendang isterinya dengan kasut but dan topi keledar.. Selanjut klik ( siNi )
*** Agak nya ramai suami suami di Malaysia ni nak kena mandi Langir..
13 Merujuk kepada perkara diatas :
Kawan rasa pihak2 berkenaan kena melihat berbagai sudut juga kenapa situasi ini terjadi kawan rasa kesan drp masalah kehidupan memungkinkan jua perkara seperti ini terjadi contohnya gaji kecik tanggung, lebih dan kenaikan rege barangan yang tidak dpt tidak menyewelkan org lelaki ini.
macam macam masaloh rumoh tangga skarang. gone nok kawin gini?
* Kawan menyetujui pendapatan aok ni en yassin..
* Kena kawin juga yak Nerzhul..jadi suami yang baik baik..
nak kena konseling laki sekarang nih
knapa la susah2 tulis surat mintak cerai...sms je kan senang
uih..takut lah..
mandi langir 2 apa?
salam....
cuaca panas menyumbang kepada keganasan rumahtangga
barang mahal, rumah sempit,tekanan kerja, .... akhirnya !!!!
ngeri nye....
salam gula takdek bung Relevan,
mintok serei takdek hei dak?........kakakaka
Salam Tuan...
baler org laki skrg nih..
tp wife dia saloh gek,dah dia curang watpe...kena la jaga maruah suami,aok tu dh kawen..
kala yg toreh menoreh smlm ru mmg sah2 salah laki dia,dgr bisikan la bagai...dekatkan diri dgn ALLAH,nt setan nk bisik2 pun xde pluang...
Orang le ni dah banyak sewel. Bini satu hei, laki dua hei. Macam-macam hei yang menjurus kepada gaya hidup moderen diluar jadual.
Saya syorkan baliklah ke jaman peribahasa: bior tak bebores asalkan anu kores.
mungkin akibat kekurangan gula, menyebabkan kes kes seumpama ini banyak dalam sari dua ni.
Catat Ulasan