GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 6 Mei 2010

Fwd : Dari email kome

*** Kita kongsi ini email..kawan terima daripada Cik Nurul Hajar ..

Iktibar - Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah..

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ?.. Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf .. "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil"..

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta Waja yang kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran : -

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara..

14 Merujuk kepada perkara diatas :

mr.kordes 6 Mei 2010 pada 4:12 PTG  

sebok koi membacanya bang....

myQza 6 Mei 2010 pada 4:25 PTG  

sebak baca..
manusia ramai yg sudah hilang rasa kasih sayang ..

adik beradik pun sudah hilang rsa tanggungjawab sesama sendiri

Nerzhul 6 Mei 2010 pada 4:34 PTG  

manusia tak layak ada sifat sombong. kita cuma makhluk yang lemah.

Guru 6 Mei 2010 pada 5:47 PTG  

relevan,

kekadang dalam hidup kita, perlu banyak berhenti dan meneliti

Afzainizam 6 Mei 2010 pada 6:24 PTG  

Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
http://firestartingautomobil.blogspot.com/

Sorry bro lama betul tak ziarah kat sini agak kesibukan membataskan untuk berblogking lah .... sorryyyy maafff ye....

aduhhhhhh rasanya begitu tersentap plak baca entry citer ni....

Ya Allah atas kesedaran ini aku terfikir sejenak tatkala kita bersenang linang ade yang susah tanpa ade yang peduli....

moga entry ini membuka minda membuka hati....membuka mata...

sesungguhnya kita sekarang ini dah lalai dengan nikmat yang ade... bersyukurlah dengan anugerah Allah dan tolehlah pandangan kita pada kesusahan orang... moga sepotong doa itu membuat kita bahagia.... Dunia dan akhirat.... Doa itu adalah lebih dari ape yang ade didunia ini...

Tanpa Nama ,  6 Mei 2010 pada 7:50 PTG  

dh dapat email nie..mmg zaman skrg mcm tu kan..

musang 6 Mei 2010 pada 8:16 PTG  

jika kita berada di atas tengok2lah org yg kt bawah

zulkbo 6 Mei 2010 pada 9:11 PTG  

salam..
sedih la pulok baca citer
aok kali ni..biasa stanby
nak gelok dah..

Ateh Nour 6 Mei 2010 pada 9:33 PTG  

Sallam, sedih laa pulok...

adik kecil yang berakal...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP