Kecewa di Malam Jumaat
Semacam biasa pada setiap malam jumaat selepas pulang dari Surau bersolat Jemaah dan membaca surah yasin..Encik Topik bergegas pulang ke rumah beliau..
'' Malam ni hendak berwangi wangi ''..kata Encik topik dalam hati..
Encik Topik tidak bersama keluarga untuk makan malam kerana disurau tadi ada seorang jemaah yang membawa nasik pulut kuning sama rendang ayam pencen..sebaliknya beliau terus masuk kebilik..
'' Wehh..! aok abang .. deras lah makan sama anak beranak ni '' ..ajak Puan Rodziah yang sedang makan bersama anak anak nya..berlauk kan patin salai sama terung belarai masak asam tempoyak campur sama daun kaduk..
'' Besh betul mak masak yerk ..ni baru stail kampung ..Anis kat aSrama tak ada makanan macam ni.. yang ada cuma ayam masak kicap..sayur pula kobis dan sawi..kadang kadang adalah daging import buat kari '' kata Anis dengan petah nya..
'' Aok semua makan lah ..aboh dah makan dekat Surau tadi '' jawab Encik Topik..
Jam sudah menunjukan pukul 11 malam..anak anak mereka sudah masuk dalam bilik masing masing..Encik topik sudah terlentang diatas katil..sementara Puan Rodziah masih lagi melipat kain..
'' Errr..aok dah siap solat ke '' kata encik Topik..
'' Ingat tadi masa masuk waktu Isyak nak solat..alih alih tak boleh ler pulok ..ngikut kiraan patutnya lagi dua tiga hari..ni tiba tiba saja dia datang..agok nye dah berumur ni hormon jadi tidak stabil ''.. kata Puan Rodziah..
Encik Topik terus saja keluar dari bilik dan memasang Tv Channel Zee..
*** Adoii..
12 Merujuk kepada perkara diatas :
kesian en topik..
Salam...
hehehe...nk tgk tv pun kena wangi2 ker? muahahahaha...
salam..
ka ka ka
tamboh cawangan 2
goner kite???
Kempunan mlm jumaat laa member tu...kawan amat simpati dgn nasib en topik pada malam jumaat ini. Niat baik nak mencari pahala dpt hampe huhuhu.....
Assalamualaikum, hehehe, kesian en topik.
salam..
hehehe goner bleh jd gitu te..takpe munggu2 akan dtg pulok
malang sungguh nasibnya....
* Ketiduran lagi en Topik..
hehe..nasib la en.topik..
kalau laki saya en.fika sbb bini nya nih jauh..haha..
* Haha Ryna..kesian pula sama enick Fika tu..asyik jauh saja..tapi nak wat macamna kan..
Hahahah
walaaa...en. topik..sabo la yek..
Catat Ulasan