Sudah bulan June rupanya
Orang kata pejam celik pejam celik dah sampai..sekejap saja rasa dah masuk pertengahan tahun 2010..Hari ini sudah masuk 01hb June 2010 bersamaan 18 Jamadilakhir 1431..lepas Jamadilakhir muncul pula Rejab..lepas Rejab ..Sya'aban selepas Sya'aban muncul pula bulan Ramadan..lepas Ramadan..horey! Raya Puasa..
Begitu pantas masa berlalu.. sedar tak sedar perut yang semakin memboroi..Jika wanita tentu nya 9 bulan boleh kembali kempis..bagi orang lelaki mengambil masa yang lama untuk mengempiskan perut semula..pakai lah segala bekong..jika selera makan bertambah maka perut pun bertambah berlipat kali ganda..Itu Contoh kepada perut..
Mengambil kira juga segala macam persiapan untuk menyambut perayaan..terutama perayaan bagi umat islam iaitu hari Raya Puasa..dari bulan June ini dah bermula persiapannya..terutama tentang pakaian yang sedondon dondon ada yang mengambil masa selama 4 hari untuk memilih warna..
Dan dalam bulan June ini juga akan ada cuti sekolah selama 2 minggu lamanya..horey2 bagi yang berkerjaya sebagai Cik Gu..dan bila tiba Cuti sekolah tentu ada punya Mejelis kahwin kahwin..tidak kurang 7 atau 17 kad jemputan yang ada..pilih saja mana nak pergi..tapi utamakan jiran jiran dan sedara mara dulu..kawan kawan Blogger tentu tidak lupa diutamakan ( nanti kawan kawin kawan ajok lah aok me ) ..
Begitulah pantas masa berlalu..semasa kawan berumur 6 tahun dulu dapat kawan rasa masa begitu lambat berlalu terasa punya lah lama dalam 24 jam itu..tidak macam sekarang..duduk menghadap Tv pun tidak sedar masa boleh habis setengah hari...
*** He he he..kawan cuba menulis serius tapi tetap masih tidak menjadi..