Sejuk
Malam tadi hujan dengan lebatnya..ini membuatkan pagi tadi cuaca menjadi sejuk..bila cuaca menjadi sejuk mula lah sedapnya tarik selimut..dan subuh ala ala subuh gajah tapi masih sempat..punya lah lemah rasa hendak pergi kerja..
Siap punya siap..masa untuk tamat punch kad semakin hampir..dalam kepala terbayang pasti merah kad hari ini..sempat juga..
Cuaca masih lagi sejuk..setelah pekena nasik berlauk dan tea tarik gelas besar..terus sahaja membeli surat khabar..ada satu suratkhabar peberet masih belum sampai lagi..baca je surat khabar harian tabloid..banyak dan penuh muka surat tentang 12 orang aktivis Malaysia yang selamat pulang setelah menyertai misi keamanan untuk menghantar bekalan ubat ubatan dan segala keperluan kepada penduduk Gaza.. yang telah sekian lama dihimpit Israel lahanat..kawan masih lagi sejuk..
Seperti biasa rondaan kawasan kerja dimulakan meskipun sedikit terlewat..pusing sana sini..masuk Bandar Lama keluar pula Bandar Baru..semua dalam keadaan stabil..pekerja tiada yang berani mengular..kawan masih lagi sejuk..
Kenapa yer kawan begitu sejuk hari ini..
'' Oit..encik hari dan panas ni..encik masih lagi pakai baju sejuk? ''..tegur Abdul Rizal Awang yang sedang tekun bekerja..
'' Oh patut lah kawan sejuk je hari ini ..rupanya masih memakai baju sejuk ''..kata kawan pula dalam hati.. he he!
*** Porah..!