GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 28 Julai 2010

Penulis blog perlu ada kod etika - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 28 Julai – Setiap penulis melalui media alternatif iaitu blog di negara ini perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kod etika itu juga merupakan peraturan asas untuk mendisiplin diri setiap penulis blog.

"Kalau tidak ada kod etika, penulis blog akan menulis apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan sama ada ia berasaskan fakta atau tidak.

"Penulis blog seharusnya memainkan peranan membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkualiti.

"Oleh itu, kod etika diperlukan sebagai peraturan dalam diri (penulis blog) supaya menulis berasaskan kepada fakta dan kebenaran bukannya sekadar sesesuka hati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Media Sosial dan Blogger 2010 di Hotel Berjaya Times Square di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, blog merupakan antara medium terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada seluruh masyarakat di negara ini. - ** Sumber Utusan

*** Blog yang berjaya akan ramai pengunjungnya..benda ye kategori blog kome ni yerk..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP