GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 1 Disember 2010

Pasangan kekasih jadi perunding seks

LONDON - Sepasang kekasih, Geoff Daniels, 55, dan Sarah Moore, 39, menjadi perunding seks dengan memberikan khidmat nasihat selain melakukan hubungan seks dengan pelanggan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Geoff pernah meniduri 2,162 wanita termasuk 49 anak dara manakala Sarah pula telah melakukan seks bersama 3,323 orang lelaki termasuk 52 orang yang mendakwa masih teruna.

Mereka memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan lelaki dan wanita di kebanyakan negara seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis dan Australia yang mengalami masalah dalam melakukan hubungan seks.

Kedua-duanya turut melakukan hubungan seks bersama pelanggan bagi meyakinkan mereka supaya lebih berkeyakinan dalam hubungan itu.

Sarah pernah tidur bersama seorang pesakit lelaki berusia 76 tahun yang dihantar oleh isterinya untuk meningkatkan ketahanan seksnya.

"Kami tidak dibayar sebarangan untuk memuaskan nafsu orang lain dan kami juga bukan pelacur," kata Sarah yang mengakui telah kehilangan dara pada usia 15 tahun.

Bagi menjamin kesihatan mereka, pasangan itu wajib menggunakan kondom semasa mereka melakukan hubungan seks.

Menurut Sarah, dia dan kekasihnya berasa bangga dengan pekerjaan itu dan tidak pernah berasa bersalah kerana tidur dengan orang lain.

Bayaran yang dikenakan pasangan itu untuk mendapatkan khidmat nasihat seks ialah antara £150 (RM737.37) hingga £300 (RM1,474) untuk satu pertemuan. - Agensi

*** Kerjaya yang sungguh bergaya..

16 Merujuk kepada perkara diatas :

Sharinginfoz 1 Disember 2010 pada 12:54 PTG  

ini memang mengarut more towards melepaskan nafsu aja

sonata anak kancil 1 Disember 2010 pada 1:55 PTG  

tak payah lah nak jumpa2 perunding macam ni...try & error aje le...

kang ade pulak kat sini orang2 kita kerja macam ni

Cik SHiNJU 1 Disember 2010 pada 2:12 PTG  

Salam...

untung tol ar si Geoff ter..
X pasal2 dpt anak dara..

saharul 1 Disember 2010 pada 2:13 PTG  

pelacur le namanye tu...nama je tukar..

zulkbo 1 Disember 2010 pada 3:03 PTG  

salam..
pelacur lah tu..
tak payah nak bertukar
istilah..macam2 orang puteh ni
selalu menghalalkan cara..

Alimaz-Kembara Terasing 1 Disember 2010 pada 3:21 PTG  

bukan pelacur ka..... ish mengaku pulak bukan pelacur....

Aku Anak Pahang 1 Disember 2010 pada 3:46 PTG  

Macam2 helah deme nak buat keje mungkor yak :(

terokai seni 1 Disember 2010 pada 4:42 PTG  

kalu koi nok buka konsultan cenggitu bule ke?

Tanpa Nama ,  1 Disember 2010 pada 6:24 PTG  

yalah tu..., mereka pun tak kawin2 dah samalatu...

AkuMuzikFilem 23 Februari 2011 pada 3:14 PG  

pelacur dan gigolo dengan istilah yang lebih bersopan dan profesional bunyinya.

Hashim Zabidi 1 Julai 2011 pada 11:34 PTG  

Pasangan tu kebas dua perkara sekaligus. Sedap dapat duitpun dapat. Kebijakan manusia yg ditakdirkan, nak buat macam mana...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP