GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 1 Disember 2010

RON97 kini RM2.30 seliter


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Harga minyak petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai esok.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Menurut sumber, pengumuman mengenai kenaikan harga RON97 tidak dibuat secara rasmi oleh kerajaan memandangkan perubahan adalah mengikut harga pasaran dunia.

Ia kenaikan kali kedua sejak kerajaan membuat pelarasan subsidi petrol dan memutuskan untuk mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.

Pada 1 November lalu, petrol gred RON97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan masih mengekalkan subsidi petrol RON95 walaupun dikatakan bakal menjejaskan pentadbiran kerajaan..

Pada Oktober lalu, kerajaan menjelaskan perbelanjaan subsidi untuk tahun depan mampu mencecah RM24.9 bilion berbanding tahun ini iaitu RM23.7 bilion..

*** Cuba kaji laporan yang bertulisan biru itu.. ini yang tak sedap..!

9 Merujuk kepada perkara diatas :

Cik SHiNJU 1 Disember 2010 pada 4:48 PTG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aku Anak Pahang 1 Disember 2010 pada 4:53 PTG  

Asyik naik aje sokmo... sakit org huhuhu :(

abu muaz 1 Disember 2010 pada 5:44 PTG  

negara jiran mana ada minyak sendiri?

::FAIZ:: 1 Disember 2010 pada 5:51 PTG  

AKu Guna Minyak ni, bila dpt brita ni aku sedih. aku rasa cam tak mampu dah nak pakai minyak ni. Sebab aku rasa minyak ni bagus, lancar je kete aku jalan, pastu aku rasa cam bunyik kete akupun sedap. kalau pakai ron95 aku rasa kete aku cam bunyik teksi... aku terpaksa berfikir 2 kali nak guna Ron97 lepas ni... hm.. (luahan hati)

zulkbo 1 Disember 2010 pada 5:59 PTG  

salam..
TAHNIAH Rakyat Malaysia...!!!

zulkbo 1 Disember 2010 pada 6:01 PTG  

hadiah birhday koi yang
paling beharga nu,memandang koi
memang guna Ron 97 sahaja,Ron 95
dah banyak kes kereta terbabas pun boleh terbakar..goner ter..?
TAHNIAH la jawapannya..

saharul 1 Disember 2010 pada 7:49 PTG  

naik tak naik....kete kena isi minyak jugak..

School Of Tots 1 Disember 2010 pada 11:00 PTG  

kalau nak jimat campur air sikit..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP