GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 2 Disember 2010

Jadi bilioanir jual laman web


* LAMAN web Groupon milik Andrew Mason.


LONDON - Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.

Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).

Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.

Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.

Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.

Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion). - Agensi..

*** Jual laman blog boleh laku ke?.. kira borong !

7 Merujuk kepada perkara diatas :

Hairun Azmi 2 Disember 2010 pada 8:46 PG  

Blog aok nie aok nak jual berapa rm rodong?

Relevan 2 Disember 2010 pada 8:52 PG  

* kena timbang dulu MIe..kalu nak bagi harga tinggi biar lagi lama..macam Cicak Tekek juga..

Aku Anak Pahang 2 Disember 2010 pada 9:02 PG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Yunus Badawi 2 Disember 2010 pada 9:40 PG  

Kena guna bahasa omputih kot kalau nak tarik perhatian Google atau Yahoo!

Admin 2 Disember 2010 pada 10:24 PG  

ade tak anak malaysia jual laman web jadi gitu...yg pernah dengor pakar ceroboh pentagon ada la...pasti ade suatu masa nanti agok nye la heheh

Cik SHiNJU 2 Disember 2010 pada 11:13 PG  

Salam...

Jual laman blog aok ni laku la..
Blog koi x laku..
Hasil jualan tu nt bagi sama rata,deal? :P

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP