Apa cerita malam jumaat ni
Jam sudah menunjukkan pukul 1059 malam..mata masih lagi belum mengantuk..pusing kanan kiri tiada sesiapa disisi..
Lantas kawan membuka Tv..tiada apa yang menarik kecuali tilawah alquran peringkat antarabangsa..tonton sekejap sekejap..dengar pula peserta dari Russia dengan suara serak serak payau..
Teringat kisah lama sewaktu mengaji Quran dengan arwah Ustaz Ismail dulu dulu..
Selalu kawan mengaji last sebab kawan lembab nak mengenal huruf dalam ertikata ''bebal''...
'' Aok pergi sana dulu Tan..melancar dulu..baru boleh ngaji ''..kata Ustaz Ismail..
Kawan bantai menyetit cicak atas Siling..jatuh pula atas kepala Ustaz Ismail...semenjak kejadian itu terus kawan tidak lagi mengngaji dengan Ustaz Ismail..
Treet ! SMS bunyi..
Zakiah : Abg bila nak datang Kuantan?..
Kawan : Tunggu habis bulan..
Zakiah : Dah dekat habis bulan dah ni..
Tidak kawan menjawab dah SMS Zakiah..mata kejam celik kejam celik lagi..
'' Gedegang !..bunyi kat luar rumah..pasti itu kucing orang sebelah..cuba lagi untuk pejam mata.. Tilawah kat Tv dah pun dah tamat untuk malam ini..
Akhirnya cuba juga untuk tidur..apa yang pelik kawan tidak pernah dapat mendengar dengkuran tidor kawan..
*** Heh heh zZz..``



