GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 4 Ogos 2010

Kerajaan tak umum kenaikan harga lebih awal elak spekulasi, kes sorok

04/08/2010 3:24pm

KUCHING 4 Ogos - Kerajaan tidak bercadang untuk mengubah mekanisme pengumuman pelarasan semula subsidi bagi gula dan bahan api bagi melindungi kepentingan pengguna.



Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Karim berkata, mekanisme sedia ada iaitu membuat pengumuman sehari sebelum ia dilaksanakan adalah bagi mengelakkan elemen spekulasi dan kes sorok gula.



"Di negara lain pun tidak ada buat ”advance notice” berkaitan dengan perkara tersebut dan ini bagi mengelakkan pengguna dimanipulasi,” katanya kepada pemberita selepas majlis dialog bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan peniaga di sini hari ini.



Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Daud Tahir berkata, tindakan membuat pengumuman sehari sebelum dilaksanakan berikutan banyak elemen spekulasi dan kes sorok gula berlaku di Semenanjung, Sabah dan Sarawak awal tahun ini.



"Sebagai contoh selepas makmal khas berkaitan dengan subsidi mencadangkan supaya subsidi dikurangkan dalam tempoh enam bulan, sudah ada kes sorok gula berlaku kerana spekulasi harga gula akan dinaikkan pada Jun tahun ini tapi ini terbukti tidak betul,” katanya. - Bernama




*** Ini apa ke hal pulok ni..nak tarik Subsidi lagi ke?..Puasa sudah mau hampir..Raya pun sudah dekat..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP