Kisah nak sambut puasa ( Gastrik )
Kini penyakit lama encik Topik menyerang kembali..apa yang menjadi kepelikan kepada Rosli Ghani adalah apabila setiap kedatangan Ramadan pasti penyakit encik Topik akan menyerang..
'' Pelik juga koi ni..dah 5 tahun penyakit aok ni akan menyerang pada tiap kali bulan Ramadan pulok tu''..tanya Rosli Ghani..
'' Tu lah senalor bila hampir bulan Ramadan macam ni lah..mula lah senak sana senak sini..''..kata encik Topik..
'' Kala gitu berat juge penyakit aok ni yerk..'' kata Rosli Ghani..
'' Gitulah Li..doktor tidak mengalakan sangat kawan ni berpuasa..takut mudarat kan perut dan usus ''..kata encik Topik pula..
'' Tapi ada benda yang koi pelik sangat ni..penyakit ini datang tiap kali Ramadan sahaja ye ''..tanya Rosli Ghani..
'' A'aa..tu lah dia ..memangnya kawan selalu dapat penyakit ini dalam bulan Ramadan jer ''..balas encik Topik..
'' Penyakit ni memang kerap menyerang pada orang lain..tapi tak kira bulan..cuma aok je yang kena serang oleh penyakit ni pada bula Ramadan yer '' ..kata Rosli Ghani..
'' Mungkin kawan orang terpilih sahaja yang diserang penyakit ini pada tiap kali Ramadan ''..kata encik Topik..
'' Kepala otok betul lah encik Topik ni ''...kata Rosli Ghani dalam hati beliau..
*** Jangan cuba amik kesempatan dengan penyakit yang ada untuk alasan tidak berpuasa..heh heh !..