Cerita seram di malam jumaat
Biasa malam jumaat di kaitkan dengan malam yang penuh dengan keseraman..tapi harap tidak di malam bulan puasa begini..
'' Bagi kome habiskan dia..jangan tinggalkan saki baki pun ''..kata Niker..
'' Yeer..kita mesti tamatkan riwayat yang ini '' ..jawab Bok pula yang memang terkenal dengan ganas orangnya..
''..Nanti koi amik pisau yang Jasdi baru asah tajam tadi ''..kata Miki..
'' Arhh..dah lama tidak rasa begini..akan kawan siat siat paha beliau ''..kata Azman dengan geram..
'' Tak perlu pisau lah Miki..kita rentap je bagi putus ''..kata Burn yang sedari tadi memerahati dengan lahapnya..
Begitulah gelagat 5 orang rodong yang sedari tadi telah kecorr air liur untuk makan ayam Golek ( putar ) yang di beli di Bazar Ramadan petang tadi..
*** Huh..memang enak ayam putar..