RM 500 untuk orang Gomen sahaja
Selepas sahaja selesai solat sunat terawih dan juga menyelesaikan moreh yang sedia terhidang ..berkata lah Rosli Ghani kepada Encik Topik..
'' Tadi dalam berita terkini menyatakan kakitangan awam akan dapat bonus RM500 yer..''..tanya Rosli Ghani..
'' Macam tu lah..Syukur..lepas juga buat tambah belanja raya ''..kata Encik Topik..
'' Kiranya kerajaan sungguh prihatin terhadap kakitangan awam ni yer ''..kata Rosli Ghani..
'' Macam tu lah..lor aok..tak kan tak dapat apa apa raya ni Li? ''..tanya Encik Topik..
'' Kome kerja dengan Syarikat..harap harap dapat lah..dulu ada dengar dengar nak bagi 3 bulan gaji bonus..sekarang senyap pulak dah ''..kata Rosli Ghani..
'' Itu lah untung juga kerja dengan Swasta ni..dapat mesti lebih dari kakitangan awam punya ''..kata Encik Topik..
'' Kalu Syarikat untung banyak adalah..kalu tidak bagi duit pinjam saja '' ..kata Rosli Ghani..
Pemborakan mereka terhenti seketika apabila terdengar bunyi meriam kabait berhampiran dengan surau..dan dalam hati Rosli Ghani mula berkira kira..jika tiada bonus raya ni..elok juga buat bisnes kabait dan buluh bagi menampung keperluan raya..
*** Ada kaa..?