RM 500 untuk orang Gomen sahaja
Selepas sahaja selesai solat sunat terawih dan juga menyelesaikan moreh yang sedia terhidang ..berkata lah Rosli Ghani kepada Encik Topik..
'' Tadi dalam berita terkini menyatakan kakitangan awam akan dapat bonus RM500 yer..''..tanya Rosli Ghani..
'' Macam tu lah..Syukur..lepas juga buat tambah belanja raya ''..kata Encik Topik..
'' Kiranya kerajaan sungguh prihatin terhadap kakitangan awam ni yer ''..kata Rosli Ghani..
'' Macam tu lah..lor aok..tak kan tak dapat apa apa raya ni Li? ''..tanya Encik Topik..
'' Kome kerja dengan Syarikat..harap harap dapat lah..dulu ada dengar dengar nak bagi 3 bulan gaji bonus..sekarang senyap pulak dah ''..kata Rosli Ghani..
'' Itu lah untung juga kerja dengan Swasta ni..dapat mesti lebih dari kakitangan awam punya ''..kata Encik Topik..
'' Kalu Syarikat untung banyak adalah..kalu tidak bagi duit pinjam saja '' ..kata Rosli Ghani..
Pemborakan mereka terhenti seketika apabila terdengar bunyi meriam kabait berhampiran dengan surau..dan dalam hati Rosli Ghani mula berkira kira..jika tiada bonus raya ni..elok juga buat bisnes kabait dan buluh bagi menampung keperluan raya..
*** Ada kaa..?
12 Merujuk kepada perkara diatas :
bestnya ! tak dengar berita pun...tapi bila semua sana sini dok kata dapat....bagus lah...duit raya kan? duit bonus lain pulak kan....sedia BUN
itulah yang didengar...
alhamdulillah
bisnes yang nak dibuat tu, toksahlah, ingat rumah yang meletup dan mati anaknya...
kat sini dah tak dengar orang main meriam buluh guna kabait lagi.
pasal duit bonus tu, dihabiskan kat swasata juga .. beli itu ini.
mana ada kerajaan jual dunlopilo !
kena jual mercunlah... nak carik duit nak bayar bonos raya jugak.
dapat 500 okla tu dari tak dapat langsung. ye tak?
boleh gakla lepas duit raya anak2 sedara
ok la tu dapat 500 kan, itu pon lepas cuepacs berusaha. saya kerja swasta, tanya bos, sebulan gaji ok tak, tetiba muka mencuka, hahahah! :)
salam,
duit tu nak buat bayar servis kereta kena pula major servis itu ini abis dah..
baguslah dapat tambah sikit sebanyak kan
* Kome mintak 3 bulan kat kompeni..
bestnya sebab org gomen dah confirm dapat duit raya. kite yg swasta ni camaner la gamoknya
500 ringgit campur 300 ringgit wau banyak juga tu... boleh buat modal beli mercun bang.
salam...sib bek bagi duit raya..klu bg penyapu mcm kat Selangor dulu, tumbang la gamaknya huhuhuh
Catat Ulasan