RM 500 jer?
Setelah menjalani ibadah puasa selama 16 hari..dan disertakan pula dengan bayaran saguhati yang akan dibayar sebelum menjelang Syawal sebanyak RM 500..ada yang sudah mula berkira kira untuk membelanjakan wang tersebut..
Bagi yang berpendapatan rendah wang yang bernilai sedemikian sangat bernilai untuk menampung keperluan sambutan hari raya..banyak perkara boleh di laksanakan dengan wang sebanyak itu..seperti membeli pakaian dan juga kuih muih..
Bagi yang punya kemewahan dan yang berpendapatan tinggi ..mungkin wang bernilai sedemikian adalah sebaliknya..
Ini cerita pagi tadi.. seorang rodong sekerja kawan yang isterinya pekerja sebuah bank terkenal..
'' Incas malam tadi isteri koi dapat panggilan talipon...ada ke tanya isteri kawan wang RM 500 itu sudah di masukkan dalam bank ''..kata rodong sekerja..
'' Lor..isteri aok kenal ke orang tu..mana dia dapat nombor talipon isteri aok ''.. tanya kawan..
'' Dia ada simpan bisnes kad isteri kawan..lepas je berita semalam dia talipon ''..kata rodong sekerja
Tengok seperti cerita di atas..begitu teruja dengan RM 500 itu..
Ini kisah orang senang dan kaya raya pula tentang RM 500 itu..
'' Aok nak buat benda dengan RM 500 tu nanti ''..tanya kawan..
'' Buat duit raya sahaja bagi bebudak campur pula dengan duit klim mailage koi yang RM 700 tu...tentu banyak juga pahala yang koi dapat ..apa lah sangat dengan RM 500 tu''..jawab orang senang itu..
*** Kome nak 3 bulan Bonus..
16 Merujuk kepada perkara diatas :
alhamdulillah ada jugak.
saya ni... company nak bagi advance tapi kena bayar balik..
takmolah... huhuhu..
3 bulan bonus? kalau dapat, memang beraya sakan le kita.. haha
sonokla gomen ye..seb baek pekerja swasta mcm saya pun ade gak..lalalalalala...
Assalamualaikum,
Seronoklah deme dapat RM500. kome yang niaga ni gigit jari ajalah nampoknya...
sonoknya dengar, saya tak kerja gomen, huhuhu
abuk pun tarak, huhuhu
slamat berpuasa................
kalo dapat best jugek. hehehe
alhamdulillah, ada jugak dr yg takde.
-dari insan yang takde bonus raya-
sedak la dpt duit..kome ni nk dpt rm500 tu bapok payohnye...hahaha..
* Tadi sempat juga sembang sembag sama tauke perabot..sudah nampak senyuman beliau sampai ke telinga..
Pas tu pergi pula kat kedai kain langsir..taukeh nya pun senyum sampai ke telinga juga..
bersyukurlah..sekurang-kurangnya dpt juga duit bonus tampung mana yg perlu..mcm kami yg keje swasta ni kdg2 10 hengget je dpt.
Kemanalah hala kawan nok bawak RM500 hinggit tu serba salah dibuatkan... :)
bsyukur :)
alhamdulillah.....
salam,
bersyukur ada la jugak dr takde langsung..
malam ni baru masuk bang.lepas pukul 9.00pm. ada kesilapan teknikal kononye. huhuhu
Catat Ulasan