GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 15 Oktober 2010

Senyum dipagi hari jumaat ( main kutu )


Setelah berjaya mendapatkan ahli seramai 12 orang terdiri daripada rakan jiran mereka..maka hari cabutan undi pun dijalankan..

Begitu lah usaha Kak Zakiah dan Rozita untuk meningkatkan prestasi keewangan jiran jiran mereka..skim kutu yang mereka mainkan ini sangat bersih dan telus..ahli hanya perlu menyediakan wang sebanyak RM100 pada setiap bulan selama 1 tahun..

Macam biasa sebilangan ahli yang main kutu anjuran Kak Zakiah dan Rozita ini tidak mau menjadi yang pertama untuk cabutan..dengan alasan terlalu awal..

'' Kita buat cabutan untuk bulan pertama ni..siapa yang mengena dan tidak mau boleh dibahagikan kepada ahli yang lain ''..kata Kak Zakiah

'' Kalau semua ahli tidak mau..biar saya yang ambil dahulu ''..kata Nyonya Swee Lian..

Cabutan di jalankan..pemenang kutu untuk bulan ini adalah Puan Salmah..dia pun menolak dan dibahagikan kepada Nyonya Swee Lian..

'' Kenapa ye nyonya mau guna wang ke? awal awal sudah sanggup terima ini wang kutu ''..tanya Rozita..

'' Aiyaa..ini wang kutu jadi orang pertama dapat bagus tau..serupa kita pinjam wang tanpa itu faedah oo..ini wang kita mau bikin modal buat bisnes aaa..'' jawab Puan Swee Lian..

Semua ahli pemain kutu mengangguk tanda setuju dengan Swee Lian..nampak kesal sedikit Puan Salmah..

*** Kawan pun nak yang pertama jika main kutu ni.. ( betul kata Puan Swee Lian..main kutu ni ibarat membuat pinjaman tanpa faedah )..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP