Senyum dipagi hari jumaat ( main kutu )
Setelah berjaya mendapatkan ahli seramai 12 orang terdiri daripada rakan jiran mereka..maka hari cabutan undi pun dijalankan..
Begitu lah usaha Kak Zakiah dan Rozita untuk meningkatkan prestasi keewangan jiran jiran mereka..skim kutu yang mereka mainkan ini sangat bersih dan telus..ahli hanya perlu menyediakan wang sebanyak RM100 pada setiap bulan selama 1 tahun..
Macam biasa sebilangan ahli yang main kutu anjuran Kak Zakiah dan Rozita ini tidak mau menjadi yang pertama untuk cabutan..dengan alasan terlalu awal..
'' Kita buat cabutan untuk bulan pertama ni..siapa yang mengena dan tidak mau boleh dibahagikan kepada ahli yang lain ''..kata Kak Zakiah
'' Kalau semua ahli tidak mau..biar saya yang ambil dahulu ''..kata Nyonya Swee Lian..
Cabutan di jalankan..pemenang kutu untuk bulan ini adalah Puan Salmah..dia pun menolak dan dibahagikan kepada Nyonya Swee Lian..
'' Kenapa ye nyonya mau guna wang ke? awal awal sudah sanggup terima ini wang kutu ''..tanya Rozita..
'' Aiyaa..ini wang kutu jadi orang pertama dapat bagus tau..serupa kita pinjam wang tanpa itu faedah oo..ini wang kita mau bikin modal buat bisnes aaa..'' jawab Puan Swee Lian..
Semua ahli pemain kutu mengangguk tanda setuju dengan Swee Lian..nampak kesal sedikit Puan Salmah..
*** Kawan pun nak yang pertama jika main kutu ni.. ( betul kata Puan Swee Lian..main kutu ni ibarat membuat pinjaman tanpa faedah )..
13 Merujuk kepada perkara diatas :
relevan: best gak main kutu ni ek!
hehehe.... mcm best
kutu ooo kutu bagi le saya sikit
Mudah gatal kepala kalau biar kutu di kepala :)
main kutu utk bayar road tax dgn insurans bulan nie huhuhuhu
waaahhh~
pokcik kayo la~
blanje la aku gi funfair
nak main jugak hehehhe
Jom kita pakat2 main kutu gek...
main kutu ni bagus, secara x langsung menggalakkan sifat menabung sbnarnye.. tapi yg x best bila time kita nak dapat wet tp org wat derk la, lupe nk bayar la, x de wet la.. haishh~
agak2 bajet petang ni boleh senyum tak?
saya plak suka dapat akhir ..
dah habis bayar
kita dpt duit kesemuanya .. lalalala
nyonya Swee Lian tu cina bukan! patutlah...
Salam,
Fobia main kutu dah...dapat nombor last. Macam2 alasan depa bagi...3 bulan selepas selesai pusingan baru dapat. Sadis betul!
Catat Ulasan