Harga getah cecah RM11.90 sekilogram di pasaran
TEMERLOH 14 Okt. – Seramai 380,000 pekebun kecil di seluruh negara bakal menikmati pendapatan lumayan berikutan kenaikan harga getah di pasaran mencecah RM11.90 sekilogram hari ini iaitu yang tertinggi dalam tempoh 57 tahun.
Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, dengan kenaikan harga komoditii tersebut, pengeluaran getah di negara ini dijangka meningkat lebih sekali ganda berbanding masa kini iaitu kira-kira 1 tan sehektar.
Selaras dengan itu juga kata beliau, pendapatan pekebun kecil yang selama ini antara RM2,000 hingga RM3,000 dijangka bertambah berikutan kenaikan harga komoditi di pasaran. – Utusan
*** Rasa mula nak turun menoreh.. ''nanti Aboh asah pisau getah untuk kawan ''..
Ada cerita lama tentang getah sekerap ini.. ( siNi )
16 Merujuk kepada perkara diatas :
Sedak weh org ada pokok getoh kome getoh gelang byk kat umah huhuhu...
baguslah pendapatan penoreh meningkat
koi nak tanam getahlah pulok...hehehe
Adelah sikit duit koi hujung tahun ni.. hehheheh
Hidup Tan Sri!!!
Masa harga getah naikpun masih ada lagi yang tak mau menoreh. Masih pakai kuli indon. Dikoreknya batang getah sampai kering baru tau.
Dah senang, nak senang lagi...
wahahaha...best2..
sape2 yg join felcra untung byk raya thn dpn...
koi nye tanah ade gek tanam getah tp blm boleh toreh lg...baru 4thn..
salam..
kaye la aok yak?
koi ni kelapa sawit..
kalau ade kebun getah mahu aku gi belajar menoreh ! ...ngajar jugak kan???
* Pagi pagi aboh kawan telipon suruh beli pahat getoh lagi 3 bilah..hehe!
kawan opis sebelah saya sanggup amek cuti seminggu semata2 nak pi menoreh..jgn tak caye huhuhuhuh
wah..meriah sapa yang ada pokok getah, yang pajak getah pun bertambah rezeki..
Untungnya kalau ada kebun getah....
relevan: elok lah. penoreh pon nak rs pendapatan lbh jg....:)
uishh.. mahal dah getah sekarang yek
ni yang keh nak tebang pokok buat tanam getah ni
copy gambar.. http://adzriel.blogspot.com/2011/06/angkut-getah-sekerap.html
Catat Ulasan