GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 14 Oktober 2010

Akuan bersumpah

Setelah mengalami situasi yang agak rakus..dengan masalah yang tidak pernah selesai..tuduh menuduh yang tiada berkesudahan akhirnya timbul idea Deris untuk membuat akuan bersumpah..

Puncanya Kambing Pak Mahad telah hilang..Pak Mahad menuduh Deris yang mencurinya..

Lantas kedua duanya menuju ke rumah Tok 4 Mehmood..

'' Koi nak buat akuan bersumpah..memang bukan koi yang mencuri Kambing Pak Mahad ni ''..kata Deris..

'' Mana boleh gitu..aok kena ke pejabat Loyor nak buat akuan bersumpah..mana boleh buat dengan Tok 4 ''..kata Pak Mahad..

Sampai saja di rumah Tok 4 Mehmood..

'' Masalah gini..koi ingat aok selesai dengan cara baik je lah..tak payoh lah nak buat akuan bersumpah gini ''..kata Tok 4 Mehmood..

'' Koi nak membersihkan nama koi je..ada ke pulak Pak Mahad ni senang senang je tuduh koi curi kambing dia ''..kata Deris..

'' Mengkala gitu..Tok 4 buat je akuan bersumpah Deris ni..'' kata Pak Mahad..

'' Koi setuju..Tok 4 saksi kepada akuan bersumpah koi ni ''..kata Deris..

'' Pening koi dengan aok me ni..mana lah koi reti nak buat akuan bersumpah ni ''..kata Tok 4 Mehmood..

'' Tulis je Tok 4..lepas tu kita mati setem..habis cerita ''..kata Deris..

Sehingga lah masuk waktu maghrib..surat akuan bersumpah tidak di siapkan dan tidak dapat dibuat kerana mereka tidak tau nak mula dari mana..yang pelik nya Pak Mahad tidak pun report kepada polis tentang kehilangan kambing beliau itu..

Deris pula mati mati suruh juga buat surat akuan bersumpah..

'' Tengok orang dalam berita suratkhabar tu senang je buat surat akuan bersumpah..siap dapat duit lagi ''..kata Deris dalam hati..

*** Akuan sesumpah..

10 Merujuk kepada perkara diatas :

sahromnasrudin 14 Oktober 2010 pada 2:15 PTG  

itu sesumpah ke yg suka2 buat akuan bersumpah???? kang kne sumpah dgn nenek kebayang baru tahu huhuhuhu

sahromnasrudin 14 Oktober 2010 pada 2:17 PTG  

p/s: nak tanye, saya tak leh masuk blog zulkbo..relevan boleh masuk tak?? dia baru tukar domain kan??? tp sy still tak leh masuk dr pg td huhuhuhu

azzey 14 Oktober 2010 pada 3:20 PTG  

sampai akuan bersumpah tu..hu3..

Cik SHiNJU 14 Oktober 2010 pada 3:25 PTG  

Demam akuan bersumpah la ni..huhuh..

sitinaminah02 14 Oktober 2010 pada 3:35 PTG  

dulu selalu jugak buat akuan bersumpah dpn ayah, ayah tuduh curi duit beliau beli keropok

Aku Anak Pahang 14 Oktober 2010 pada 3:54 PTG  

Jangan deme 3-4 org tu langkoh Quran sudoh lagi haru...

Tanpa Nama ,  14 Oktober 2010 pada 4:27 PTG  

mata burung unta lae kecik dri otaknyer~
burung unta ngan sesumpah tu laen ea?

abu muaz 14 Oktober 2010 pada 4:46 PTG  

hati hati nanti jadi batu macam sitanggang kan susah.

terokai seni 14 Oktober 2010 pada 7:16 PTG  

jangan lupa com dengan sesumpoh mati keras

Hanisham Ab Halim 14 Oktober 2010 pada 7:40 PTG  

Itu sesumpoh dlm bentuk org wehhhhh... kahkahkah

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP