GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 20 Disember 2010

RM632,000 dividen tertunggak

TEMERLOH 19 Dis. - Sebanyak RM632,000 dividen tertunggak peserta Felcra Kerdau yang meninggal dunia tidak dapat diserahkan apabila pewaris atau anak-anak si mati membuat tuntutan tanpa mengemukakan surat kematian.

Pengurus Felcra Gugusan Kerdau, Yahaya Bokhari berkata, ketiadaan surat daftar kematian dan dokumen keluarga atau waris menyukarkan pihak agensi untuk melunaskan pembayaran dividen tersebut.

Katanya, tindakan awal menyerahkan surat daftar kematian bukan sahaja memudahkan Felcra membuat bayaran malah membolehkan pewaris atau anak-anak simati menerima dividen tersebut dengan lebih cepat.

''Pewaris peserta Felcra Gugusan Kerdau yang meninggal dunia perlu mengemukakan surat daftar kematian dan dokumen keluarga yang berkaitan bagi proses pembayaran dividen kepada mereka.

''Jika tiada tuntutan berterusan daripada keluarga atau pewaris, wang tersebut mungkin akan diserahkan kepada Amanah Raya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek Felcra Kerdau, dekat sini hari ini.

Yahaya memberitahu, jika tidak ada sebarang tuntutan daripada keluarga simati terhadap dividen tersebut, Felcra akan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk digantikan dengan pihak lain sebagai peserta baru Felcra.

Sehubungan itu, beliau berharap, pewaris peserta Felcra Kerdau dapat menghantar segera surat daftar kematian secepat mungkin bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk proses pembayaran dividen..

*** Waris waris si mati ni tak nak buat tuntutan ke?.. Payah juga gini..

Ini ada pengalaman kome untuk interview menjadi peserta FELCRA ni..kome pergilah letak kereta jauh jauh..konon untuk tidak menampakkan kome ni ada kereta..

Tapi kome terperanjat kerana yang hadir untuk interview peserta FELCRA tu ada yang pakai kereta Storm ..Wish ..Waja ..Perdana dan macam macam jenama kereta lagi..dan ada pula bakal bakal peserta tu yang kome kenal..ada penjawat awam bergaji besar.. Ha ha!..

Keputusan untuk interview tu sampai sekarang pun kome tidak mendapat sebarang jawapan..sudah masuk 5 tahun..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP