GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 20 Disember 2010

RM632,000 dividen tertunggak

TEMERLOH 19 Dis. - Sebanyak RM632,000 dividen tertunggak peserta Felcra Kerdau yang meninggal dunia tidak dapat diserahkan apabila pewaris atau anak-anak si mati membuat tuntutan tanpa mengemukakan surat kematian.

Pengurus Felcra Gugusan Kerdau, Yahaya Bokhari berkata, ketiadaan surat daftar kematian dan dokumen keluarga atau waris menyukarkan pihak agensi untuk melunaskan pembayaran dividen tersebut.

Katanya, tindakan awal menyerahkan surat daftar kematian bukan sahaja memudahkan Felcra membuat bayaran malah membolehkan pewaris atau anak-anak simati menerima dividen tersebut dengan lebih cepat.

''Pewaris peserta Felcra Gugusan Kerdau yang meninggal dunia perlu mengemukakan surat daftar kematian dan dokumen keluarga yang berkaitan bagi proses pembayaran dividen kepada mereka.

''Jika tiada tuntutan berterusan daripada keluarga atau pewaris, wang tersebut mungkin akan diserahkan kepada Amanah Raya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek Felcra Kerdau, dekat sini hari ini.

Yahaya memberitahu, jika tidak ada sebarang tuntutan daripada keluarga simati terhadap dividen tersebut, Felcra akan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk digantikan dengan pihak lain sebagai peserta baru Felcra.

Sehubungan itu, beliau berharap, pewaris peserta Felcra Kerdau dapat menghantar segera surat daftar kematian secepat mungkin bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk proses pembayaran dividen..

*** Waris waris si mati ni tak nak buat tuntutan ke?.. Payah juga gini..

Ini ada pengalaman kome untuk interview menjadi peserta FELCRA ni..kome pergilah letak kereta jauh jauh..konon untuk tidak menampakkan kome ni ada kereta..

Tapi kome terperanjat kerana yang hadir untuk interview peserta FELCRA tu ada yang pakai kereta Storm ..Wish ..Waja ..Perdana dan macam macam jenama kereta lagi..dan ada pula bakal bakal peserta tu yang kome kenal..ada penjawat awam bergaji besar.. Ha ha!..

Keputusan untuk interview tu sampai sekarang pun kome tidak mendapat sebarang jawapan..sudah masuk 5 tahun..

10 Merujuk kepada perkara diatas :

sukaxplo 20 Disember 2010 pada 8:41 PG  

salam
setengah juta lebih tuh...
agok2nye why mereka takde surat kematian yekk..
takpon, memang anok2nye taktau menahu pasal duit dividen ni

Aku Anak Pahang 20 Disember 2010 pada 9:21 PG  

Sian tak sempat merasa yak.. kawan pon penah mintak juga Felcra ini keknya haram tak tau hujung pangkalnya :(

eelobor 20 Disember 2010 pada 9:37 PG  

hehehe, dia dah nampak kereta besar tuh sampai 5 tahun tak de jawapan

sonata anak kancil 20 Disember 2010 pada 9:41 PG  

tak moh duit ke...boleh gak labur kat mesjid/surau ke...

Sharinginfoz 20 Disember 2010 pada 10:06 PG  

banyak tu, ramai yang tak claim ya

sitinaminah02 20 Disember 2010 pada 10:13 PG  

apa susahnya nak claim duit dividen tu, bawak je la surat mati. takkan surat mati pn takde.

Alimaz-Kembara Terasing 20 Disember 2010 pada 11:24 PG  

macam2 hal bila nak tuntut harta sendiri...

terokai seni 20 Disember 2010 pada 11:25 PG  

koi dulu ander juga hajat nok mintok tanoh lot rumoh, ketnya antara syaratnya mesti dok pahang.. malu aloh dengan syarat ter koi pon tak le mintok... sudohnya sama cam oakme kabo... berdedai orang dari luo hok minto dengan keta beso-beso blake..

sahromnasrudin 20 Disember 2010 pada 12:05 PTG  

kne belajar ilmu interview nie dr al-lavendari huhuhuh

zulkbo 20 Disember 2010 pada 3:08 PTG  

salam..
tertungak tak apa
jangan tak bayo langsung
he he..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP