GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 19 Disember 2010

Proton jual 4,000 unit model Inspira sejak dilancarkan

ALOR SETAR 19 Dis. – Proton Holdings Bhd berjaya menjual 4,000 unit Proton Inspira di seluruh negara sejak dilancarkan pada November lepas.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton Inspira yang juga model terbaru syarikat berkenaan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat negara ini.

Ketika ditemui pemberita selepas perasmian Festival Proton 1Malaysia di sini hari ini oleh Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din, beliau berkata, syarikat itu mempunyai perancangan masa depan untuk mengetengahkan model yang berkonsepkan Siri Pahlawan di pasaran negara ini.

"Kami namakan konsep ini berdasarkan kepada lima pahlawan yang termasyhur pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi,” katanya.

Lima model Proton Siri Pahlawan itu dipamerkan bersempena dengan Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 dari 3 hingga 12 Disember lepas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. – Bernama



*** Idaman kalbu Akak ni..

4 Merujuk kepada perkara diatas :

2ury 19 Disember 2010 pada 7:49 PTG  

memang model ni menjadi kesukaan ramai... mcm pisang goreng panas..

Aku Anak Pahang 19 Disember 2010 pada 8:34 PTG  

Berhajat juga nak sambor sebutir :)

eelobor 19 Disember 2010 pada 8:54 PTG  

dah ok tuh, harganya pun mahal walaupun berkonsep mampu milik

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP