GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 19 Disember 2010

Motosikal unik dijual RM172,452


* SEORANG lelaki menunggang motosikal unik keluaran syarikat Parker Brothers Choppers di Florida.


MIAMI - Sebuah motosikal yang digerakkan program komputer seperti dalam filem sains fiksyen, Tron: Legacy kini direalisasikan ke dunia nyata oleh pembuat motosikal, Parker Brothers Choppers yang beribu pejabat di Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Motosikal yang dikenali sebagai Light Cycle itu sepanjang 2.43 meter, lebar 58.4 sentimeter dan seberat 215 kilogram. Ia boleh digunakan di atas jalan raya biasa dan mampu mencecah kelajuan sehingga 193 kilometer sejam.

Syarikat Parker Brothers Choppers menyatakan pihaknya hanya menghasilkan lima buah Light Cycle yang ditawarkan pada harga AS$55,000 (RM172,452) seunit.

Pengurus Operasinya, Jeff Halverson memberitahu ia menggunakan enjin TL1000R.

"Empat unit sudah dijual dan hanya sebuah lagi yang tinggal," kata Halverson.

Terdapat sambungan komputer tablet iPad yang membolehkan statistik tunggangan dimuat turun daripada komputer yang ada pada motosikal itu.

Gambar motosikal itu boleh dilihat di laman web YouTube.

Populariti motosikal itu di laman tersebut telah menarik perhatian syarikat perfileman Disney dan penerbit filem Tron: Legacy yang mahu menggunakan Light Cycle dalam acara promosi filem berkenaan. - Agensi

*** Mau sakit pinggang ni ..

8 Merujuk kepada perkara diatas :

eelobor 19 Disember 2010 pada 3:08 PTG  

kalu seribu pun kawan tak beli kut....

CekWa 19 Disember 2010 pada 4:55 PTG  

dekat2 boleh la, kalau jauh memang penat duduk gtu yak!

2ury 19 Disember 2010 pada 5:17 PTG  

Klau harga tu... beli kereta atau umah, lagi berbaloi. Tak tau lah kalau org yg duitnya sepah2... heheh.

Maiyah 19 Disember 2010 pada 6:38 PTG  

yelah.. mesti sakit2 bagai..

sukaxplo 19 Disember 2010 pada 7:01 PTG  

takmo la koi beli moto gitu..
perut koi taktau nak letok mane..
heheheh

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP