GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 21 Disember 2010

Salji ganjil di Australia


* GAMBAR yang dirakamkan semalam menunjukkan sebuah kampung diselubungi salji di Mt. Hotham, Australia semalam.

SYDNEY - Salji muncul buat kali pertama di Australia semalam dalam bulan Disember yang pada kebiasaannya mengalami cuaca panas.

Beberapa tempat di negeri-negeri pantai timur seperti New South Wales dan Victoria diselubungi salji yang menyebabkan beberapa resort ski yang sebahagiannya bebas salji dalam bulan ini dipenuhi dengan salji setebal 10 sentimeter.

"Ia putih, semuanya putih," kata Pengurus Besar Hotel Kosciuszko, Michelle Lovius di Charlotte Pass.

Beliau berkata, pada kebiasaannya, jumlah salji itu adalah sesuatu yang luar biasa pada awal Disember.

"Kami berharap ia akan kekal selama lima hari lagi dan kami akan meraikan Krismas dalam suasana bersalji," katanya.

Di negeri Victoria, kawasan Mt. Hotman diselubungi salji setebal 10 sentimeter kelmarin manakala di Mt. Buller salji setebal sehingga lima sentimeter. - AFP

*** Cuaca sungguh tidak menentu sekarang ini..semua tempat di seluruh dunia ada mengalami cuaca yang ganjil dan tidak menentu..Fenomena begini tidak lah juga menjadi kehairanan pada sesetengah orang sebab mesti ada sesuatu pertunjuk oleh kententuan Nya..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP