Salji ganjil di Australia
Tweet
* GAMBAR yang dirakamkan semalam menunjukkan sebuah kampung diselubungi salji di Mt. Hotham, Australia semalam.
SYDNEY - Salji muncul buat kali pertama di Australia semalam dalam bulan Disember yang pada kebiasaannya mengalami cuaca panas.
Beberapa tempat di negeri-negeri pantai timur seperti New South Wales dan Victoria diselubungi salji yang menyebabkan beberapa resort ski yang sebahagiannya bebas salji dalam bulan ini dipenuhi dengan salji setebal 10 sentimeter.
"Ia putih, semuanya putih," kata Pengurus Besar Hotel Kosciuszko, Michelle Lovius di Charlotte Pass.
Beliau berkata, pada kebiasaannya, jumlah salji itu adalah sesuatu yang luar biasa pada awal Disember.
"Kami berharap ia akan kekal selama lima hari lagi dan kami akan meraikan Krismas dalam suasana bersalji," katanya.
Di negeri Victoria, kawasan Mt. Hotman diselubungi salji setebal 10 sentimeter kelmarin manakala di Mt. Buller salji setebal sehingga lima sentimeter. - AFP
*** Cuaca sungguh tidak menentu sekarang ini..semua tempat di seluruh dunia ada mengalami cuaca yang ganjil dan tidak menentu..Fenomena begini tidak lah juga menjadi kehairanan pada sesetengah orang sebab mesti ada sesuatu pertunjuk oleh kententuan Nya..

6 Merujuk kepada perkara diatas :
Gone gamoknye kala Malaysia ni ande salji yek
dunia dh akhir zaman
dunia kahir zaman. dulu pun kat arab saudi tiba2 ada salji.
memang skg ni kat aussie tgh summer rasanya.
tak hairan suatu hari nanti malaysia juga bersalji.... akhir zaman.....
bukit cerakah....
Kalau nyer turun salji kat Bandor kita nie best jugak yak :)
Catat Ulasan