GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 20 Disember 2010

Wakil rakyat tidak faham peraturan tidak layak dipanggil YB


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini meluahkan perasaan kecewa terhadap sikap segelintir wakil rakyat yang tidak menghormati dan mematuhi peraturan di dalam dewan.

Beliau juga menyifatkan bahawa wakil rakyat yang bertindak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya sesuka hati, mereka tidak layak dipanggil Yang Berhormat (YB).

"Di dalam dewan, kita ada dua peraturan yang perlu dipatuhi. Satunya ialah bersumpah akan mempertahankan Perlembagaan Negara sebelum seseorang itu menjadi Senator dan yang keduanya ialah mematuhi peraturan mesyuarat yang dibekalkan kepada semua anggota dewan,” katanya ketika berucap melancarkan buku ”Islam dan Persoalan Rasuah” di bangunan Parlimen hari ini.

Abu Zahar berkata, setiap kata-kata yang ingin dilontarkan mestilah berpandukan kepada peraturan tersebut di mana mereka perlu membaca, menghayati dan memahami peraturan mesyuarat. – Bernama




*** Kadang kadang bila tengok persidangan Dewan kat dalam Tv..ada yang macam bebudak jerit sana sini..yang setesen Tv pula duk tayang arah tertentu yang membuat isu jadi panas ..pernah anak anak kome tanya ''..Aboh dia orang ni nak bermesyuarat ke atau nak berbalah ''..

'' Kome angguk sahaja..tak tau nak kata apa.. Ha ha !

5 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 20 Disember 2010 pada 9:35 PTG  

Rasanya geng tu dulu semua sempat balajar Tata rakyat rasanya :)

Dyna Yvonne 20 Disember 2010 pada 9:36 PTG  

tak tawu nk kate ape.yg penting harap sume nye adelaah demi negara.jgn gaduh2 smpai tgadai negara sudah la.

eelobor 20 Disember 2010 pada 10:17 PTG  

kawan malu bila tengok parlimen sekarang.... adakah itu yang sebenarnya fungsi MP atau kawan yang tersalah anggap

sukaxplo 20 Disember 2010 pada 10:34 PTG  

koi tak minat tengok parlimen kt tv1 te, tapi dulu koi bapok la minat tengok siri tv 'mini parlimen' tiap kali ari merdeka..

zulkbo 20 Disember 2010 pada 10:49 PTG  

salam..
dari rakyat untuk rakyat
pilihan rakyat kenalah dengar
speaker di pilih dewan,tapi dewan
di pilih rakyat..sapa berkuasa..
kita TUNGGU..............?????

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP