Laman web porno akan disekat di Britain
LONDON - Golongan dewasa di Britain yang ingin melayari laman web pornografi mungkin perlu memilih sistem pilihan untuk menonton laman berkenaan kerana ia akan di disekat secara automatik di komputer rumah, lapor sebuah akhbar semalam.
Langkah itu dibuat ekoran kerajaan Britain mahu mengubah situasi kini yang memberi kebebasan untuk melayari laman web lucah sehingga ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak.
Rancangan tersebut juga memerlukan pengguna untuk meminta penyedia perkhidmatan jalur lebar mengalihkan sekatan itu.
Kerajaan juga berharap dapat memujuk firma-firma Internet agar mengaplikasikan sistem itu secara sukarela. Namun undang-undang mengenainya akan digubal jika ia tidak dilaksanakan.
Rancangan itu yang dicadangkan oleh Jabatan Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran itu dibuat ekoran peningkatan penggunaan televisyen untuk melayari Internet. - Agensi
*** Tapi pelik juga yer dengan Sistem..sekat macam mana pun laman web porno ni tetap ada jugek !..
10 Merujuk kepada perkara diatas :
patutnya kat malaysia ni pn kena sekat jugakkkk
salam..
langkah yang bijak
dari kerajaan Britain..
Malaysia pula bila??
Bagus kalau dipanjangkan ke Malaysia Raya kita, bodo kat dek org kalau nengok gambor gitu sokmo :( New Entry "Jika anda seorang Blogger."
budak darjah pun dah pndai bukak bnda tu. apa la nak jd....
harap-harap dekat negara kita pun akan buat macam ni tak lama lagi...
bukan bermakna aku tengok, tapi aku rasa malaysia lama dah sekat porno2 ni.. haha
kat britain tengok lah definasi porno dia.. pdhal ada playboy sendiri dah nama dia page3.
elok lah kalau negara kita pun sekat menda gini bagi mengelakkan lebih ramai lagi anak-anak yang dibuang merata!
sekat kat internet depa buat cara lain....dunia la ni kan makin canggih manggih
Malaysia bile lagi.
elok la kena sekat.
Catat Ulasan