GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 9 Januari 2011

Wang dalam kereta lesap

KOTA KINABALU: Seorang peniaga berputih mata apabila wang sejumlah RM107,000 yang sepatutnya digunakan untuk membeli saham lesap selepas keretanya dipecah dalam kejadian di tempat letak kereta pekan Inanam, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 4.30 petang, di mana mangsa berusia 54 tahun berada di sebuah bank atas urusan membeli kereta baru sementara keretanya diletakkan di kawasan kejadian.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa pergi ke sebuah bank di pekan terbabit dan mengeluarkan wang RM200,000 untuk membeli kereta dan saham.

Sebaik tiba tempat kejadian, mangsa membawa bersama wang sejumlah RM93,000 untuk membeli kereta manakala bakinya RM107,000 ditinggalkan dalam kenderaan miliknya.

Sebaik urusan selesai, mangsa kembali semula ke keretanya namun terkejut apabila mendapati cermin pintu pemandu pecah.

Mangsa cuba mencari beg berisi wang tunai yang diletakkan di bawah tempat duduk pemandu dan terkejut mendapati ia hilang.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Inanam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati modus operandi suspek ialah memecahkan tingkap di tempat duduk pemandu sebelum melarikan beg berisi wang tunai.

“Mangsa hanya menyedari kejadian itu apabila mendapati kaca bertaburan sebelum membuat pemeriksaan dan mendapati beg terbabit hilang,” katanya.

Ahmad Sofi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri dan orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi talian 088-242111..

*** Ini kes macam sudah menempah..sepatutnya bawa semua wang tersebut kemana mana jangan ditinggalkan dalam kereta walau pun 5 sen..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP