GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 11 Januari 2011

TH bakal umum kadar dividen ‘memberangsangkan’


PUTRAJAYA, 11 Jan. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjangka pendeposit Tabung Haji (TH) akan menerima kadar dividen yang ‘memberangsangkan’ bagi tahun kewangan 2010.

Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan keuntungan RM1.5 bilion yang dicatat Tabung Haji sepanjang tahun lepas.

"Kita sedang melihat dan mencongak, dan kita akan umumkan tidak lewat dari hujung Januari ini. Kita tentunya mengharapkan (kadar dividen) lebih tinggi tapi ia amat bergantung kepada keputusan akhir mesyuarat (Lembaga Pengarah) nanti,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Tahun lepas Tabung Haji mengumumkan bonus lima peratus untuk tahun kewangan 2009 yang diterima oleh 5.1 juta pendepositnya.

Mengulas perkembangan berbeza, Jamil Khir berkata, pihaknya sedang mengkaji untuk meningkatkan had umur kelayakan automatik menunaikan haji daripada 75 tahun sekarang kepada 65 atau 70 tahun, bagi memberi peluang mereka yang lebih muda menunaikan ibadat itu. - Bernama

Pada satu petang jam pukul 0245..

'' Nak pergi mana tergesa gesa ni ''..tanya Rosli Ghani kepada encik Topik..

'' Tabung Haji..nak masukkan duit ''..jawab encik Topik ringkas..

'' Uiks..tengah tengah bulan begini nak masukan duit yer? ''..kata lagi Rosli Ghani..

Encik Topik terus bergegas pergi..dalam poket ada rm13..nasib juga menabung secara potongan gaji melalui Tabung Haji..boleh juga buat lepas sesak bila situasi begini..

*** Selalu keluar masuk Tabung Haji..keluar duit masuk duit keluar dan masuk duit..selalu banyak keluar dari masuk.. haha!


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP