'Kahwin bagi penuhi kehendak anak'

“Saya rasa amat sukar menyatakan tidak kepada anak,” kata Angelina, 35, melalui rancangan Good Morning America yang disiarkan ABC, semalam. Bagaimanapun setakat ini soal perkahwinan tidak menjadi isu kerana belum ada seorang daripada enam anak mereka mendesak pasangan itu berkahwin.

“Mereka tidak memintanya kerana sedar kehidupan mereka tiada kekurangan walaupun kami tidak berkahwin,” kata Angelina.
Angelina muncul dalam filem Salt tahun lalu, turut menyentuh mengenai aspek lain dalam keluarga beliau melalui temubual sama termasuk sama ada beliau akan menambahkan lagi ahli keluarga.
Beliau dan kekasihnya, Brad, 46, mengakui masih berminat untuk menambah bilangan anak. – Agensi
*** Tu dia Angelina Jolie dan Brad Pitt..tidak melalui ikatan perkahwinan sudah punya enam orang anak..siap nak tambah tambah anak lagi.. ini lah proses kehidupan di antara artis artis barat..




