GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 16 Mac 2011

'Kahwin bagi penuhi kehendak anak'


Pasangan kekasih Angelina Jolie dan Brad Pitt mengakui perkahwinan bukanlah keutamaan mereka tetapi kedua-dua bintang Mr. & Mrs. Smith itu menegaskan ia mungkin berubah bagi memenuhi kehendak anak mereka.



“Saya rasa amat sukar menyatakan tidak kepada anak,” kata Angelina, 35, melalui rancangan Good Morning America yang disiarkan ABC, semalam. Bagaimanapun setakat ini soal perkahwinan tidak menjadi isu kerana belum ada seorang daripada enam anak mereka mendesak pasangan itu berkahwin.



“Mereka tidak memintanya kerana sedar kehidupan mereka tiada kekurangan walaupun kami tidak berkahwin,” kata Angelina.

Angelina muncul dalam filem Salt tahun lalu, turut menyentuh mengenai aspek lain dalam keluarga beliau melalui temubual sama termasuk sama ada beliau akan menambahkan lagi ahli keluarga.

Beliau dan kekasihnya, Brad, 46, mengakui masih berminat untuk menambah bilangan anak. – Agensi



*** Tu dia Angelina Jolie dan Brad Pitt..tidak melalui ikatan perkahwinan sudah punya enam orang anak..siap nak tambah tambah anak lagi.. ini lah proses kehidupan di antara artis artis barat..




15 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 16 Mac 2011 pada 1:39 PTG  

Seksi benor gambor kat atas tu yak :)
New Entry "Spender sidai hilang !"

poyotito 16 Mac 2011 pada 1:48 PTG  

ikut aok la nok buat menda pun Angelina Jolie..

redza 16 Mac 2011 pada 3:43 PTG  

beranak dulu bru kawen..elok bebeno la tu

Alimaz-Kembara Terasing 16 Mac 2011 pada 3:50 PTG  

depa kapiaq lantak depa la... tapi minat sangat denagn lakonan depa ni....

Sham 16 Mac 2011 pada 4:01 PTG  

memang jahanam betul hidup artis2 barat ni kan...tapi masalahnya koi ni minat pulak kat brad pitt tu...hero pujaan weh...!

SNM 16 Mac 2011 pada 5:20 PTG  

Ishk²....x rugi pape klu dorang kawen pun!!! Napela omputih ni kan...

abadi romeo 16 Mac 2011 pada 6:44 PTG  

memang aku tak bagi Anggelina Jolie tu kahwin...sebab dia janji nak kahwin dengan aku..

saharul 16 Mac 2011 pada 8:25 PTG  

koi minat betoi nengok muka angelina tu....

Nancypoh 16 Mac 2011 pada 8:38 PTG  

Budaya dorang dah macam tu kan..jgn pulak ada orang2 kita yg nak menggatal buat benda macam tu...kawin koboy dah..

Siti Hajar Masri 16 Mac 2011 pada 9:12 PTG  

itulah budaya diorg..jgn kita ikut sudah..:)

eelobor 16 Mac 2011 pada 10:01 PTG  

kesian kat mata kawan nih...

hans 17 Mac 2011 pada 1:16 PG  

dah tua rupanya depa berdua nih

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP