Poco poco : sebuah tarian sedap
Pada petang setiap rabu ada senaman dengan tarian poco poco di dataran.. Ini tidak dilepaskan peluang oleh encik Topik.. lantas bertanya lah rodong karib beliau iaitu Rosli Ghani akan perihal tersebut..
'' Seronok ke tarian poco poco yang aok pergi setiap petang rabu kat Dataran tu? ''... tanya Rosli Ghani
'' Seronok..koi ngajok aok selalu tak ndak .. nanti petang rabu kita pergi ''.. kata Encik Topik..
'' Tak ndok.. ada orang kata tarian tu dah di haramkan ''.. kata Rosli Ghani..
'' Arhh.. dok lagi .. aok terai lah ikot koi Li ..masti aok suka punya dengan tarian ni..sambil tu boleh menyihatkan badan dan mata ''..kata Encik Topik..
'' Suka? Menyihatkan mata?..amenda maksud aok ni? ''..tanya Rosli Ghani.
'' Tu lah.. tarian ni campor lelaki dan perempuan.. senang je ke depan ke belakang ke depan semula... nak pula bila kita kat belakang awek awek yang menyertai.. nampak bergoyang habis.. tu yang boleh menyihatkan mata ''.. kata Encik Topik..
'' Cis ! .. begitu gaya aok yerk ! ..bagi mata aok tu cepat rabun jer.. ''..kata Rosli Ghani