GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 5 April 2011

Banyak lemak punca buta


LONDON: Mengumpul lemak ketika usia pertengahan mungkin meningkatkan risiko seseorang lelaki menjadi buta pada penghujung usianya.

Pembesaran bahagian pinggang meletakkan lelaki dalam bahaya mendapat pemerosotan makula (AMD) berkaitan usia, punca utama kehilangan penglihatan, kata penyelidik.

Peningkatan kecil dalam saiz pinggang sekali pun dilihat menambah risiko AMD sehingga 75 peratus. Namun wanita jelas tidak terjejas, berikutan kehadiran hormon estrogen.
Lemak perut mengeluarkan estrogen ke dalam badan dan kajian haiwan menyatakan hormon itu boleh menyebabkan pembengkakan dalam salur darah pada bahagian belakang mata.

Wanita memiliki paras tinggi estrogen sepanjang hayat mereka dan kelihatan kurang sensitif terhadap kesannya, lapor akhbar Daily Mail.

Penyelidik di Universiti Melbourne memantau perubahan pada bahagian pinggang lebih 21,000 lelaki dan wanita berusia antara 40 dan 69 tahun selama beberapa tahun bagi mengesan jumlah mendapat AMD.

“Kajian kami menggariskan pentingnya obesiti abdomen sebagai faktor risiko AMD,” kata saintis, menurut kenyataan Melbourne.
Hasilnya menunjukkan walaupun perubahan kecil dalam kadar pinggang/peha lelaki, ukuran Linkpinggangnya berbanding peha, menjurus kepada peningkatan mendadak risiko AMD. – Agensi

* Sumber

*** Semakin banyak lemak semakin sedap .. '' kuah kari lah cicah sama roti canai ni '' ..


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP