Aktres Bollywood nafi aksi berbogel
Tweet
Beberapa bulan lalu, gambar palsu Sonakshi Sinha dan Vidya Balan disiarkan secara online melalui halaman hiasan Maxim. Kini, sasarannya adalah aktres Shor in the City, Preeti Desai, yang dikatakan berpacaran dengan aktor Dev D, Abhay Deol.
Akhir-akhir ini, banyak gambar Preeti Desai dalam aksi yang cukup berahi dengan pelbagai gaya didedahkan secara online.
Bagaimanapun, aktres itu dengan tegas menafikan laporan terbabit dan mendakwa dia tidak pernah bergambar dengan pakaian seperti itu.
Walaupun gambar memaparkan Preeti dalam pelbagai gaya boleh dilihat di internet, model itu mendakwa gambar terbabit sengaja direka.
Sambil menegaskan pendirian beliau, Preeti memberitahu Mid-Day: “Terlalu banyak sampah di internet. Saya tidak fikir orang akan percaya semua yang mereka baca atau lihat! Saya tidak akan membuang masa dengan memberi ulasan terhadap benda bodoh seperti ini!”
Walaupun kecewa selepas melihat gambar bogel dirinya, beliau kelihatan lebih berminat bercakap mengenai Shor in The City yang akan diterbitkan tidak lama lagi.
Mengenai peranannya, Preeti berkata: “Saya memainkan watak Shalmili di samping karakter Abhay (Sendhil) oleh Sendil Ramamurthy yang melalui perkara buruk selepas berpindah semula ke bandar.”
Preeti Desai dari Middlesbrough, England pernah dinobatkan sebagai ratu cantik di Britain pada 2006. Beliau adalah wanita pertama bukan berkulit putih memenangi pertandingan itu.
Dia juga pernah muncul dalam kalender Kingfisher Swimsuit pada 2008 dan kemudian diundang sebagai Duta Formula 1 jelajah dunia yang diketuai Vijay Mallya pada 2008.
Sejak itu dia mula mendapat kepercayaan pereka terkenal dan muncul dalam beberapa iklan termasuk Cadbury plc, LG Corp, Hero Honda, Citibank dan Nokia.
Filem Bollywood Shor in the City dibintangi Tusshar Kapoor, Sendhil Ramamurthy, Nikhil Dwivedi, Pitobash Tripathi, Sundeep Kishan, Girija Oak, Radhika Apte dan Amit Mistry, bakal menemui peminat pada 29 April depan. – Agensi
Read more...
MUMBAI: Ruang internet dibanjiri banyak gambar lucah aktres Bollywood terkenal termasuk Aishwarya Rai, Katrina Kaif, Preity Zinta dan Mallika Sherawat, sekadar menyebut beberapa nama.