Umpan seks seksa kekasih
FRESNO (California): Seorang wanita yang menjanjikan pengalaman seks hebat untuk teman lelakinya, dipenjara kerana menipu pasangannya itu, semalam.
Sabrina Renne Robinson didapati bersalah menggari lelaki terbabit di katil dan menyeksanya dengan mencurah lilin panas di dada.
Sabrina, 33, juga mengancam untuk menyembelih teman lelakinya itu kerana dia percaya mangsa bermain kayu tiga.
Tidak cukup dengan itu, Sabrina turut menghentak muka lelaki berusia 41 tahun itu dengan buntut pistol dan berulang kali mengancam mahu membunuhnya.
Polis berkata, Sabrina mengesyaki lelaki terbabit menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
Menurutnya, Sabrina mengajak lelaki terbabit datang ke rumah pangsanya di Fresno dan mengumpan kononnya mereka akan mengadakan hubungan seks ‘ganas.’ Apabila tiba, kata polis, lelaki itu membiarkan saja dirinya dibogelkan sebelum digari pada katil Sabrina.
“Sebaik saja lelaki terbabit digari, Sabrina bertukar menjadi ganas dengan menyeksa mangsa, termasuk menuang lilin panas pada dada dan kepala,” katanya.
Ketika mengacu pisau ke arah lelaki terbabit, Sabrina mendakwa, senjata itu pernah digunakannya untuk membunuh rusa.
Sabrina turut menghubungi wanita yang dikaitkan dengan teman lelakinya melalui telefon bimbit.
Polis berkata, wanita terbabit mendakwa dapat mendengar suara mangsa meraung kesakitan ketika Sabrina bercakap dengannya, “Mangsa melarikan diri apabila ditinggalkan bersendirian di rumah berkenaan,” katanya.
Ketika diselamatkan, lelaki terbabit bersembunyi dalam belukar berhampiran dan Sabrina pula dicekup polis tidak lama kemudian. - DM
* Sumber