GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 27 Ogos 2011

Makan banyak tetapi berat 38kg


MANCHESTER - Seorang wanita, Carole French (gambar), mengalami mimpi ngeri apabila berat badannya tetap 38.10 kilogram (kg) meskipun dia makan pelbagai makanan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu dua cahaya mata itu merupakan salah seorang daripada dua individu di dunia yang dikesan mengalami masalah badan mereka tidak boleh menyimpan lemak.

Disebabkan terlalu kurus, French, 50, perlu memakai pakaian saiz kanak-kanak berusia 10 tahun. Menurutnya, ekoran badannya yang terlalu kurus, orang ramai menganggap dia menghidap anoreksia.

"Saya makan seperti seekor kuda. Saya tidak pernah tidak makan," katanya. Dia berkata, ramai orang memberitahunya bahawa dia seorang yang bertuah kerana tubuhnya yang kurus.

Semasa dia berumur 13 tahun, berat badannya cuma 25.40kg menyebabkan ibu bapanya berasa yakin dia mengalami masalah pemakanan. - Agensi

* Sumber kosmo! Online



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP