GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 7 Disember 2011

Penyanyi popular 80an didakwa cabul 3 orang

KAJANG: Seorang penyanyi popular tahun 80-an disoal siasat hampir dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, malam tadi berikutan aduan dia mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Selain itu, dua wanita, seorang daripadanya ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan polis mendakwa penyanyi lelaki berusia lewat 40-an itu melakukan perlakuan lucah terhadap mereka dalam kejadian pertengahan tahun ini.

Semua mangsa membuat laporan di IPD Kajang pada 30 November lalu dan penyanyi terbabit hadir untuk disoal siasat pada jam 8 malam sebelum keluar hampir dua jam kemudian.

LAPOR...mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

Seorang daripada wanita terbabit berusia 37 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata dia membuat laporan polis berikutan kejadian itu selepas tidak tahan dengan perbuatan penyanyi terbabit yang disifatkannya mengaibkan dia, anak lelakinya dan rakannya berusia 31 tahun.

“Penyanyi itu menuduh kami pasangan lesbian dan menghebahkan kepada penggiat industri hiburan. Kami percaya dia buat begitu kerana ingin menutup perbuatan kejinya terhadap saya, rakan dan anak,” katanya sambil memaklumkan anaknya turut aktif berlakon iklan.

Wanita itu berkata, dia mula mengenali penyanyi terbabit sejak 2009 dan mendakwa perlakuan lucah oleh artis berkenaan ke atasnya terbabit bukan kali pertama berlaku sebaliknya ia kali kedua.

Katanya, kejadian cabul ke atas anaknya berlaku di rumah penyanyi itu di Cheras, dekat sini, ketika dia, anak dan rakannya menumpang di rumah itu.

“Saya tidur di rumahnya dengan keizinan suami selepas mendapat tawaran berlakon, tapi terkejut apabila melihat dia (penyanyi terbabit) melakukan perbuatan lucah ke atas anak saya.

“Berikutan itu berlaku pergaduhan antara kami dan dia mendakwa sekadar bergurau. Namun, saya tidak boleh menerima alasan itu lalu meninggalkan rumahnya,” katanya.

Rakan mangsa yang turut membuat aduan pula mendakwa selama ini mereka mendiamkan perkara itu kerana berasa terhutang budi dengan penyanyi terbabit yang banyak membantu mereka.

“Namun, kami membuat laporan selepas dia memburukkan nama kami kepada penggiat seni lain. Lagipun kami tidak mahu pekerjaan kami terjejas selepas penyanyi terbabit menabur fitnah,” katanya.

Selain penyanyi terbabit, tiga individu yang membuat aduan dan seorang saksi kejadian turut berada di IPD Kajang malam tadi kerana dipanggil bagi merakamkan percakapan mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Penyanyi terbabit pula ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan berkata, segala aduan yang dibuat ke atasnya tidak benar, sebaliknya ia bertujuan menjejaskan kerjaya serta perniagaannya.

* Sumber myMetro

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP