Sotong kurita ramal Barcelona menang
Tweet
Read more...
* SOTONG kurita yang bernama Messi nerada di atas dua bekas yang berlogo kelab bola sepak Real Madrid dan sebuah bekas tertera logo kelab bola sepak Barcelona di Akuarium Sea Life, Benalmadena kelmarin.
BENALMADENA, Sepanyol - Seekor sotong kurita yang bernama Messi meramalkan kelmarin bahawa kelab bola sepak Barcelona menang mengatasi Real Madrid dalam perlawanan bola sepak pada Sabtu ini.
Sotong itu diberi nama Messi sempena nama bintang bola sepak dari Argentina, Lionel Messi.
Haiwan itu meramalkan pemenang dengan memilih sardin yang akan dimakan dari dalam sebuah botol yang mempunyai logo Barcelona di Akuarium Sea Life di sini.
Barcelona akan menentang Real Madrid di tempat sendiri
Pada Pusingan Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, seekor sotong kurita bernama Paul menjadi terkenal dengan meramalkan dengan tepat semua keputusan perlawanan yang melibatkan skuad Jerman termasuk perlawanan akhir yang dimenangi Sepanyol.
Paul yang hidup di akuarium di Oberhausen, Jerman mati pada 26 Oktober 2010.
- AFP