Trak terbalik, syling bernilai Can$5 juta bertaburan
Tweet
Read more...
SEBUAH kren memungut syiling dolar Kanada bernilai RM15.3 juta yang bertaburan di jalan raya selepas sebuah trak keselamatan yang membawanya terlibat dalam kemalangan berhampiran Ontario, Ottawa, kelmarin. – AGENSI
OTTAWA 29 Mac - Berjuta-juta syiling mata wang Kanada bertaburan di lebuh raya negara ini semalam, apabila sebuah trak keselamatan terbabas lalu melanggar batu granit di bahu jalan sebelum terbalik mengakibatkan dua orang cedera parah.
Kejadian itu berlaku pada pukul 4 petang waktu tempatan berhampiran Ramore, dekat Ontario, iaitu 635 kilometer barat laut Ottawa apabila sebuah kenderaan milik syarikat, Brinks terbabas sebelum berlanggar dengan dua buah trak lain dan sebuah van.
Polis Wilayah Selatan Porcupine Ontario, Konstabel Marc Depatie berkata, dua lelaki yang berada dalam trak Brinks dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan, namun tiada kecederaan lain dilaporkan.
* Sumber