Aksi tak sopan bukan jenayah
DUBAI: Aksi kurang sopan pelancong di pantai dan pusat beli belah seperti memakai skirt pendek dan bercium di khalayak ramai tidak dianggap kesalahan jenayah di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) namun hanya melanggar undang, kataKetua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Dubai Brigadier Khalil Al Mansouri, .
“Kes seperti salah laku perlu diuruskan dengan cara bertamadun dengan mendidik pesalah mengenai undang-undang dan budaya di UAE
“Pelancong sering tidak menyedari undang-undang dan budaya negara ini,” katanya.
Beliau juga berkata polis bandar ini berurusan dengan beberapa kes pelancong yang terbabit dalam aksi dianggap tidak sopan bertentangan dengan kesopanan awam.
Kenyataan Al Mansouri muncul dalam program Rouh Al Qanoon (Semangat Perundangan) yang dikendalikan peguam Issa Haider dalam Radio Noor Dubai. Program itu membincangkan amalan tidak senonoh sesetengah warga asing di UAE dan bagaimana menanganinya.
Al Mansouri juga berkata polis bandar ini menubuhkan Jabatan Keselamatan Pelancongan yang terdiri daripada pegawai keselamatan dan mereka yang fasih dalam pelbagai bahasa.
Tugas mereka termasuk memberi pendidikan kepada pelancong mengenai hak mereka dan tugas, undang-undang dan budaya UAE dan apa yang dibenar dan dilarang di negara itu. – AGENSI –
* Sumber Read more...