Isteri peneroka terima RM5,000 pada 7 Julai
Tweet
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pemberian 'durian runtuh' pusingan kedua sebanyak RM5,000 kepada isteri peneroka Felda yang akan diagihkan pada 7 Julai ini.
Tarikh pengagihan itu dipilih sempena sambutan Hari Peneroka dan majlis perasmian Menara Felda di Jalan Stonor di sini.
"Untuk round (pusingan) pertama, ketua keluarga telah terima RM5,000, hari ini (semalam) saya ingin umumkan isteri peneroka atau isteri-isteri peneroka pula akan dapat RM5,000 pada 7 Julai ini," kata beliau ketika berucap melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di Dewan Perdana Felda di sini.
* Sumber Kosmo!