GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 2 Mac 2013

Jurugambar Tak Sengaja Abadikan Aksi Bunuh Diri


Di sisi kanan gambar ini kelihatan seseorang, kemungkinan besar perempuan, melompat dari jambatan yang melintasai Sungai Yangtze, di Wilayah Hubei, China.

BEIJING- Seberapa sering seorang jurugambar menangkap sebuah momen mengerikan? Mungkin tak terlalu sering.

Seorang jurugambar harian China Daily adalah salah satunya. Dia sedang mengambil gambar kabut yang menyelimuti sebuah jambatan yang melintasi Sungai Wuhan Yangtze di Wilayah Hubei, China.

Dia tidak menyedari di kejauhan seorang lelaki melompat dari jambatan itu. Tak lama kemudian, kameranya kembali menangkap momen apabila seorang perempuan melompat dari jambatan yang sama. Mengetahui hal itu, si jurugambar langsung memanggil polis.

Polis masih menyiasat kes itu dan belum mengetahui motif kedua-dua orang itu melompat dari jambatan. Namun, polis mengakui, peluang kedua orang itu untuk selamat sangat kecil.

Di lokasi tempat kedua orang itu terjun, hanya tertinggal 2 jaket hitam, 1 beg tangan, 1 botol air, dan 1 korek api.

"Kabutnya sangat tebal dan jambatan itu sangat panjang sehingga jambatan itu kelihatan seperti berdiri di awang-awang, seperti ditelan kabut," kata si jurugambar.

"Sejujurnya, saya sama sekali tidak melihat orang pertama melompat kerana saya tumpuan pada tetapan kamera. Saya tak menyedari kamera saya menangkap momen itu," tambahnya.

"Setelah kamera saya mengambil gambar, baru saya mendengar orang menjerit. Saya mendengar suara orang itu jatuh ke air dan beberapa saat kemudian seorang perempuan ikut melompat," katanya.

"Saya sangat terkejut. Tak ada kesempatan menolong perempuan itu. Saya masih memegang kamera dan mengambil beberapa frame lagi tanpa disengajakan. Adegan perempuan itu melompat ikut direkodkan," ujarnya.

* Sumber kompas.com

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP