GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 30 Mac 2013

Presiden Pakistan Pervez Musharraf kena baling kasut

Musharraf (tengah) mengesat kepalanya selepas seorang peguam membaling kasut ke arahnya di mahkamah. - Foto AP

Karachi: Seorang peguam semalam membaling kasut ke arah bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf ketika beliau berjalan masuk bilik mahkamah untuk melanjutkan tempoh jaminan atas tuduhan bersubahat membunuh dan memecat hakim. 

Sekumpulan 20 peguam membantah ke atas bekas pemerintah diktator tentera itu di Mahkamah Tinggi Sindh, sambil menjerit ‘dia seorang diktator dan perlu digantung’ sebelum seorang daripada mereka membaling kasut, kata saksi kejadian. 

Membaling kasut dianggap tanda penghinaan bagi orang Islam. Kasut itu, bagaimanapun, tidak kena Musharraf, berdasarkan rakaman televisyen. 


Saksi berkata, peguam itu kemudian dibawa keluar oleh pegawai keselamatan berpakaian preman. Musharraf kembali ke tanah air selepas empat tahun hidup dalam buangan, Ahad lalu. 

Beliau berada di mahkamah untuk melanjutkan tempoh jaminan yang diberi kepadanya minggu lalu berhubung kes pembunuhan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto, tindakannya memecat hakim pada 2007 dan pembunuhan pemimpin pemberontak Baluchistan pada 2006. 

Pegawai mahkamah berkata tempoh jaminan Musharraf dalam kes hakim dilanjutkan selama dua minggu lagi. Seorang anggota parti Liga Islam Pakistan berkata beliau diberi lanjutan 21 hari dalam dua lagi kes. 

Individu paling kontroversi 


Bekas diktator itu dianggap individu paling kontroversi hampir lima tahun selepas meletak jawatan kerana berdepan prosiding pemecatan dan tidak dianggap pencabar serius meski bertanding dalam pilihan raya Mei ini. 

Ketika memegang jawatan presiden, beliau adalah sekutu utama Amerika Syarikat dalam ‘perang ke atas keganasan’, pakatan yang amat kontroversi di Pakistan. Beliau juga terselamat daripada sekurang-kurangnya tiga cubaan bunuh oleh al-Qaeda. 

Anak lelaki Benazir, Bilawal Bhutto Zardari, yang juga pengerusi Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang bakal melepaskan kepemimpinan, menuduh Musharraf menjadi dalang di sebalik pembunuhan ibunya. 


-AFP (BH)


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP