#PRU13 : Penyanyi Aishah terpilih calon Pas Parlimen Jempol ?
Tweet
Read more...
AISHAH semasa zaman kegemilangannya manakala gambar kecil ialah penampilan beliau masa kini.
KUALA LUMPUR - Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dilaporkan akan bertanding mewakili parti Pas di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pengumuman mengenainya dibuat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu di Markas Pas Taman Melewar di sini malam kelmarin.
Sementara itu, portal berita Antara Pos melaporkan, Aishah terkejut dengan pengumuman tersebut kerana beliau hanya bercadang menjadi calon selepas PRU-13.
"Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya yang dipetik Antara Pos di sini semalam.
Dengan pengumuman itu, Aishah menjadi artis propembangkang pertama yang diumumkan sebagai calon pada PRU-13.
* Sumber kosmo! OnlineRead more...