#PRU13 : Penyanyi Aishah terpilih calon Pas Parlimen Jempol ?
Tweet
AISHAH semasa zaman kegemilangannya manakala gambar kecil ialah penampilan beliau masa kini.
KUALA LUMPUR - Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dilaporkan akan bertanding mewakili parti Pas di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
KUALA LUMPUR - Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dilaporkan akan bertanding mewakili parti Pas di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pengumuman mengenainya dibuat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu di Markas Pas Taman Melewar di sini malam kelmarin.
Sementara itu, portal berita Antara Pos melaporkan, Aishah terkejut dengan pengumuman tersebut kerana beliau hanya bercadang menjadi calon selepas PRU-13.
"Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya yang dipetik Antara Pos di sini semalam.
Dengan pengumuman itu, Aishah menjadi artis propembangkang pertama yang diumumkan sebagai calon pada PRU-13.
* Sumber kosmo! Online
1 Merujuk kepada perkara diatas :
maaf tegur, tapi perlu ke letak gambar aisyah yg xbertudung? please lah jgn sebarkan aib org. setiap org (lelaki) yg masuk blog ni & lihat gmbr tu, awak sebagai pemilik blog pn dpt saham dosa.. sia2 je tau. so klu blh, ltk gmbr dia bertudung, bkn org xkenal pn aisyah ni klu ltk gmbr dia bertudung...
Catat Ulasan