GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 9 Mac 2014

KEHILANGAN PESAWAT MH370,Blog Misteri Cuba Kaitkan Kehilangan MH370 Dengan Serangan Pemisah Uighurs

Sebentar tadi, Pengarang Mynewshub menerima sebuah sistem pesanan ringkas (SMS) daripada sebuah nombor yang tidak dikenali memberitahu kewujudan sebuah blog yang mendedahkan mengenai siapakah dua lelaki misteri yang menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport pihak lain, Sabtu lalu.
Blog yang menamakan dirinya Glodef (Global Defence And Security Research Centre –Klik ) memuat naik entri pertama semalam. Kemungkinan besar ia baru dibuka.
Tidak diketahui sama ada ia blog yang dibuka dari dalam Malaysia atau luar kerana menggunakan domain blogspot sahaja.
Apa pun, blog itu mendakwa, dua lelaki misteri yang menaiki pesawat MH370menggunakan pasport lelaki Itali dan Austria merupakan masyarakat Uighurs dari wilayah Xinjiang yang berjuang untuk memisahkan diri pemerintahan China dan mereka memang dikenali memiliki rupa paras menyamai masyarakat Eropah.
“Mereka menempah tiket mereka menggunakan China Southern Airlines, mereka sudah pasti dapat melepasi pemeriksaan di lapangan terbang dengan mudah kerana memiliki rupa paras menyerupai lelaki pemegang pasport yang asal,” katanya.
Blog itu mendakwa, kehilangan MH370 mungkin berkaitan dengan serangan pemisah Uighurs yang menyerang stesen keretapi Kunming pada 2 Mac lalu yang menyaksikan 33 orang terbunuh manakala 140 lagi cedera.
Kehilangan penuh misteri MH370 menyebabkan ramai pakar penerbangan dunia melihat serangan pengganas sebagai salah satu aspek penting.
Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam awal Sabtu lepas dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Ia bagaimanapun hilang dan terputus komunikasi dengan menara kawalan udara di Subang pada pukul 2.40 pagi.
Menurut laporan awal, sepanjang penerbangan komunikasi menara kawalan dengan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun berjalan lancar tanpa isyarat kecemasan ataupun masalah diberikan oleh pengendali pesawat kepada menara kawalan.
Perhubungan terputus selepas komunikasi menara kawalan di Subang menyerahkan komunikasi pesawat MH370 kepada menara kawalan udara di Ho Chi Minh City, Vietnam kerana pesawat itu sudah menghampiri ruang udara Vietnam dalam penerbangan ke Beijing, China.
Sumber mynewshub.my


4 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  9 Mac 2014 pada 11:21 PTG  

Killing two birds with one stone to calm of the recently warmed story of Anwar Ibrahim saga, in this country and globally and also damage the reputation of Hishamuddin Onn. Can you guess who is/are the culprits is/are likely involved, if this was an act of sabotage? Through previous history, can be said that the director seemingly is the same person to perform it.

Tanpa Nama ,  9 Mac 2014 pada 11:37 PTG  

ini semua fitnah. kaum Uighur adalah mangsa pembunuhan kerajaan china. mereka org islam.

kenapa terrorist mesti dikaitkan dgn umat islam yg dizalimi? terroris adalah negara2 yg membuat zalim kpd kelompok manusia yg tidak bersalah dn lemah seperti china terhadap kaum Uighur atau kerajaan Burma terhadap org islam mynmar.

jgn salahkan org islam yg dizalimi. mereka tidak akan melakukan perkara2 kejam seperti ini. malah kerajaan kuasa besarlah yg pernh buat fitnah seperti WTC.

jgn jadikan trajedi ini isu menghalalkan pembunuhan beterusan kpd umat islam Uighur.

Tanpa Nama ,  10 Mac 2014 pada 9:14 PG  

apa pun jangan buat sebarang spekulasi!

Tanpa Nama ,  11 Mac 2014 pada 9:12 PG  

sembarang saja kau bercakap! Lancau lu lah, palui!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP