GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 9 Mac 2014

KEHILANGAN PESAWAT MH370,Jangan cepat percaya khabar angin di Internet


SEPANG - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta rakyat Malaysia agar tidak mudah percaya kepada khabar angin yang disiarkan Internet berhubung kehilangan pesawat MH370.

"Ada (maklumat) yang cepat datang tetapi tidak sahih, atau tak sah dan tak boleh dipakai.

"Saya minta rakyat tidak cepat mempercayai apa yang dikeluarkan dalam Internet dan sebagainya, Internet tempat ada ubat tetapi ada juga sampah," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat media di Hotel Sama-Sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. 

Beliau turut mengulas tohmahan sesetengah pihak terhadap pihak berkuasa negara ini yang didakwa lambat menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu.   

"Tidak guna juga jika (maklumat) hanya berbentuk spekulasi yang akan menyakitkan hati mereka yang sangat memerlukan maklumat.

"Lebih baik kita berikan kepada pihak yang profesional untuk mengendalikan perkara ini, termasuk usaha mencari dan mendapatkan maklumat secara terperinci menggunakan pelbagai kaedah yang ada, supaya kita mendapat sesuatu yang benar-benar sahih," katanya.

Ahmad Shabery berkata usaha mencari dan menyelamat pesawat itu juga bukanlah sesuatu yang mudah.

"Kita tahu peristiwa yang berlaku kepada Air France beberapa tahun lalu merupakan satu contoh tidak semestinya mudah untuk mengendalikan peristiwa seperti ini walaupun ia dikendali oleh negara yang lebih maju," katanya.
  
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilapor hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu, iaitu kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. 

- Bernama


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP