GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 1 Mei 2013

Bapa Saiful Tarik Balik Dakwaan Kejadian Liwat Satu Konspirasi

KUALA LUMPUR 1 Mei - Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim (gambar )hari ini menarik semula kenyataannya pada 8 Mac lepas yang mendakwa insiden liwat ke atas anaknya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan konspirasi politik.

Menurut Azlan, tindakan beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran terpedaya dengan desakan sesetengah pihak.

"Kesedaran ini timbul dari diri saya sendiri. Saya membela anak saya dan secara tiba-tiba saya mengkhianati sumpah beliau (Saiful). Saya termakanhasutan beberapa pihak untuk membuat sidang akhbar pada 8 Mac," katanya kepada pemberita di Ibis Styles Hotel, Balakong, hari ini.

Tambah beliau, tindakannya menarik kembali kenyataan tersebut disebabkan oleh sumpah laknat yang telah dilafazkan oleh beliau dan anaknya sebelum ini disamping ingin mengeratkan semula hubungannya dengan Saiful yang dikatakan renggang selepas beliau mengeluarkan dakwaan itu.

"Keutamaan serta tanggungjawab saya ketika ini adalah kembali kepada keluarga saya. Saya telah kembali ke pangkal jalan.

"Perlu diingat saya dan anak saya pernah sumpah laknat di Masjid dan saya takut disumpah. Saya berjanji akan membela anak saya sampai bila-bila pun," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengisytiharkan untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa hari ini, 1 Mei 2013 dan tidak akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini.

Beliau kemudiannya memohon maaf kepada Anwar kerana terpaksa menarik kembali kenyataannya sebelum ini.

* Sumber klpos


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP