Kini Lendir siput Babi pula untuk rawat muka makin Popular
Tweet
Kaedah cucian wajah bermula di Jepun kini jadi kegilaan di Britain
London: Kaedah rawatan muka menggunakan lendir siput yang dikatakan tinggi kandungan protein, bahan antioksidan dan antibakteria kini semakin popular di Britain.
Rawatan dikenali sebagai ‘cucian siput’ pada wajah dilakukan menggunakan tiga ekor siput yang dibiarkan merayap di atas muka selama 20 minit membolehkan haiwan moluska itu meninggalkan lendirnya di muka, menyebabkan wajah kelihatan bersinar.
Rawatan lebih moden
Pemilik salon Simply Divine di Corby, Northamptonshire yang merintis kaedah ini menawarkan rawatan cucian siput yang lebih moden dengan bayaran £50 (RM254) sekali rawatan.
Pemiliknya Diane Gower, dengan bantuan pakar kulit Dr Sunil Chopra, seorang perunding rancangan Embarrassing Bodies, terbitan Channel 4, mempunyai sepasukan kakitangan terlatih yang akan memastikan lendir siput itu tidak memasuki lubang hidung, mulut atau mata.
“Ketika siput merayap di seluruh wajah, ia meninggalkan lendir yang dikatakan tinggi dengan protein berfaedah, bahan antioksidan dan antibakteria. Kesannya memang boleh dilihat serta-merta dan amat mengujakan,” kata Gower.
Beliau berkata, tidak dinafikan rawatan cucian siput, kelihatan ganjil pada mulanya, tetapi rawatan ini sebenarnya amat merehatkan.
“Apabila pelanggan sudah biasa dengan ‘rasa’ siput pada muka, mereka akan seronok dengan rawatan itu,” katanya.
Gower berkata, siput untuk rawatan itu dibiak dan dipelihara di sebuah ladang tempatan, diberi makan buah-buahan dan sayur-sayuran organik. Setakat ini beliau memiliki 60 ekor siput.
“Siput terbabit dipelihara khas untuk kami. Ia bukan jenis yang biasa anda lihat di kebun atau taman,” katanya. - AGENSI (BH)
Read more...
Siput dibiar merayap di seluruh wajah, dengan meninggalkan lendir yang dikatakan tinggi dengan protein berfaedah. - Foto AGENSI
Kaedah cucian wajah bermula di Jepun kini jadi kegilaan di Britain
London: Kaedah rawatan muka menggunakan lendir siput yang dikatakan tinggi kandungan protein, bahan antioksidan dan antibakteria kini semakin popular di Britain.
Ketika siput merayap di seluruh wajah, ia meninggalkan lendir yang dikatakan tinggi dengan protein berfaedah, bahan antioksidan dan antibakteria. Kesannya memang boleh dilihat serta-merta dan amat mengujakan,” Diane Gower, pemilik salon Simply DivineKaedah cucian itu sebelum ini begitu popular di Tokyo tetapi tiada pusat rawatan kecantikan yang menawarkan perkhidmatan itu di Britain, hinggalah baru-baru ini.